Nenek 50tahun mampu menyusukan cucunya

WhatsApp Image 2017-03-10 at 4.07.52 PM

Hebatnya anugerah dan keistimewaan yang diberikan kepada seorang perempuan.
Nenek yang sekarang ni berumur 50Tahun mampu menyusukan cucu nya. Diulang suara yer, nenek yang menyusukan cucunya dengan susunya sendiri. Bukan susu Fm tau.

Cerita ni di Nigeria sebenarnya. Emak kepada cucunya ini meninggal semasa cucunya berumur 40hari.

Suatu malam, nenek ini dikejutkan jirannya supaya mengambil apa yang sempat dan melarikan diri. Dengan keadaan tembak menembak. Peluru yang menembus sana sini.

Bunyi tembakkan yang menakutkan semua Orang termasuklah nenek ni, Asha Modu. Hanya cucunya sahaja yang sempat di ambik dan melarikan diri tanpa secubit makanan pun. Malahan sesen duit pun tak sempat di bawa.

Lebih menyedihkan, ayah kepada cucunya ini telah ditangkap oleh pemberontak. Nenek Asha Modu cuba melarikan diri dengan sekumpulan Lelaki Nigeria lain. Tetapi dia sendiri melihat dengan matanya bagaimana salah seorang lelaki Nigeria ditangkap dan dibunuh.

Cuba bayangkan bagaimana takutnya nenek Asha Modu masa ni kan?Tambah lagi pilunya hati seorang nenek apabila mendengar cucunya menangis kelaparan.

Tanpa duit satu sen pun, tanpa makanan secubit pun, tangisan cucunya mesti terhenti dan tertidur kerana letih menangis menahan kelaparan. ( waaaa Umi Tie tak boleh nak bayang keadaan baby masa ni. Menangis tanpa henti)

Akhirnya nenek Asha Modu berjalan seorang diri sehinggalah terjumpa dengan sebuah klinik kanak- kanak di North – East Nigeria. ( masa baca yang ni lega skit rasa) nenek Asha mesti lagi gembira yang amat.

Akhirnya nenek Asha berjaya berlindung dari bahaya tembak menembak, bunuh membunuh di Klinik Kanak- kanak ini bersama dengan baby. Dan dengan belas kasihan dari doktor di situ.

Bayangkan, Umur nenek Asha Modu yang sekarang ini dah menjangkau 50tahun, yang dah lama meninggalkan alam penyusuan berjaya balik menyusukan cucunya dengan bantuan di klinik tersebut.

Betapa nekadnya nenek Asha Modu melakukan RELAKTASI balik supaya susunya ada kembali dan mengelakkan cucunya kebuluran. Masa ini, baby ni mempunyai kurang berat dalam 1.9 kg sahaja tau. Umi Tie pula rasa tercabar. Nanti Umi Tie cerita apa itu relaktasi yer kat bawah ni.

Ni separuh jer jalan ceritanya, untuk cerita yang lebih lanjut kau orang boleh baca di sini yer

~Ditulis oleh Rebecca Taylor di Daily Mail Online dan di olah cerita alam bahasa melayu oleh Umi Tie.

3D9AF5AC00000578-4256986-image-a-115_1487952092735

Mengikut akhbar ini, nenek Asha Modu jalankan kaedah yang di panggil SUPPLEMENTARY SUCKLING TECHNIQUE kalau di Malaysia ini kita lebih dikenali dengan panggilan LACTATION AID.

Ha macamana pulak rupanya lactation Aid ni pun akan Umi Tie tunjukkan yer.

Kata Dr. Jack Newman,

” Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped some reason”

Umi Tie terangkan mengikut definisi senang nak faham. Relaktasi ini satu kaedah dimana kita nak hasilkan balik susu apabila susu dah kering akibat beberapa faktor yang kita hadapi. Kebiasaanya relaktasi ini akan lebih mudah dan dalam tempoh yang sekejap jika baby pernah menyusu dengan payudara kita selama 16 minggu ataupun lebih kurang 4 bulan. Dan baby yang pernah menghisap dalam tempoh 2 bulan dan kurang sedikit susah tetapi ada peluang tau.

Ini adalah andaian sahaja. Apapun niat ibu yang betul, usaha dan kesabaran ibu yang tinggi, proses relaktasi ini akan lebih mudah dan cepat.

Bagi nenek Asha Modu pula, relaktasi ini mungkin menjadi sedikit mudah apabila cucunya memang berminat dengan penyusuan dari payudara kerana umur cucunya ini  baru beberapa hari akibat kematian emaknya. Dengan fikir logik, mesti tengah kuat menghisap susu ibunya kan. Sedih pulak bab ini.

Sebelum itu, Umi Tie nak terangkan beberapa cara nak buat jika baby kita ni, dah tinggalkan payudara dalam jangkamsa yang lama, mungkin 5 hingga 6 bulan ataupun setahun, dan kemungkinan baby kita dah serasi dengan nipple botol. Keadaan ini mesti baby akan menolak payudara  kita lagi- lagi jika memang susu kita dah kering ataupun dah kurang.

Ada 2 keadaan baby , satu baby yang dah memang menghisap puting kosong sebelum ini, kedua jika baby yang akan menghisap botol kerana inginkan susu semata-mata.

  • Bagi baby yang memang mengamalkan puting kosong ini, pertamanya mesti kurangkan penggunaan puting kosong ini secara perlahan-lahan tau. Dan kau orang boleh gantikan dengan puting asli ibu sendiri. Cadangan Umi Tie jika baby tolak puting ibu kerana berbeza, boleh gunakan nipple shield sementara waktu.
  • Penggunaan nipple shield yang menyerupai bentuk puting botol mungkin boleh mengurangkan penolakkan baby. Dan hisapan baby nanti akan meransang payudara kita.

Manakala baby yang memang hisap botol untuk mendapatkan susu pula,

  • Kau orang boleh menggunakan Lactation Aid yang mana kita akan isinya dengan susu formula. Untuk permulaan sehinggalah susu kita dah semakin ada.
sns
Lactation Aid

Gambarajah di atas ini adalah bentuk Lactation Aid yang disudah dipasangkan dan di isikan dengan susu Formula. Dan kaedah ini juga yang diguna oleh doktor yang membantu nenek Asha Modu. Yang mana dia orang panggilnya SUPPLEMENTARY SUCKLING TECHNIQUE. Yang mana satu salur wayar yang akan disambung ke nipple kita.

Di malaysia, kebiasaanya jenama Medela ada keluarkan lactation Aid.

24076_medela-breastfeeding-helping-set-1-item_en-thumb-1_800x800

Apabila kita menggunakan Lactation Aid ini , ia akan menggurangkan sindrom baby mengamuk apabila menghisap payudara kita tetapi tiada susu. Dengan bantuan ini, susu formula yang kita letak akan dapat disedut oleh baby dan mengurangkan kemarahan anak. Apabila ada ransangan hisapan daripada baby juga ia akan membantu otak kita mendapat signal bahawa baby memerlukan susu.

Dan signal ini akan dihantar kepada hormon prolaktin yang akan menggerakkan ransangan kepada hormon oksitosin untuk keluarkan susu mengikut permintaan kita. Sebab ini jugalah, untuk berjaya dalam RELAKTASI , kita mesti buat dengan sabar dan kerap tau.

Makin banyak permintaan yang kita hantar, hormon prolaktin akan perintahkan mengeluarkan susu dengan lebih banyak. Jangan putus asa, buat sekerap mungkin cara ini, jika anak kurang demand gunakan pam. Dan bagi susu yang di pam dengan menggunakan sudu ataupun cawan. Ini untuk menggelakkan dari baby keliru dengan puting.

Untuk permulaan jika kau orang nak buat RELAKTASI ini, buat

  • pada waktu malam, sebelum anak tidur dan  anak tidak dalam terlalu mengantuk
  • tetapi jangan buat semasa baby betul betul lapar tau, ini mengundang kemarahan
  • Buat dalam bilik yang gelap, yang tiada gangguan bising dari luar, dan
  • baby mesti dalam keadaan rileks.

Sini Umi Tie nak cadangkan buat dalam keadaan skin to skin. Jangan sesekali memaksa baby yer, buat dalam keadaan yang sangat membahagiakan. Pujuk baby, belai dengan penuh kasih sayang, usap dia dengan lembut dan mesra, bisik kata-kata hebat dan semangat dan harapan.

skin-to-skin

Tetapi kena ingat. Untuk mulakan relaktasi ibu mesti bersedia secara mental dan fizikal. Penolakkan akan ada , sinilah emosi sangat memainkan peranan. Jangan mengalah dengan penolakkan.

Untuk persediaan emosi dan fizikal, Umi Tie sangatlah cadangkan ambil bantuan dari segi pemakanan vitamin. Apa yang akan Umi TIe cadangkan jika kau orang ingin buatkan relaktasi ini

  • Penuhkan nutrisi badan perlukan dengan multivitamin vitalea supaya badan kita selalu bertenaga. Bertenaga adalah salah satu kunci utama untuk badan menghasilkan susu yang cukup dan banyak. Dalam tempoh relaktasi ini, kekerapan kita untuk menyusu dan mengepam untuk hantar ransangan akan meletihkan badan.
  • Kuatkan antibodi kita sepanjang proses ini dengan vitamin C yang cukup. Dengan keadaan tubuh badan kita yang akan letih, ia akan melemahkan imunisasi badan. Jika kita jatuh sakit, masa proses relaktasi akan menjadi bertambah dan lama.
  • Ambil protein yang cukup supaya sel-sel badan kita sihat dan kuat, dan sel-sel ini akan membantu sistem penyusuan kita dengan lebih sempurna dan cepat untuk menghasilkan susu. Umi Tie suka cadangkan ambil ESP energy soy protein supaya kita mendapat protein yang sihat dan diyakini cukup untuk badan.
  • Sepanjang proses ini, jika kita sudah lama tinggal alam penyusuan, badan-badan kita akan lenguh-lenguh . Kalsium dan omega anti keradangan amatlah diperlukan. Bagi kalsium, Umi Tie suka juga cadagkan ambil ostematrix dimana ia senang untuk ditelan dengan sifatnya yang ‘easy swallow’
  • Emosi yang tenang sepanjang proses ini kita mampu dengan cukupkan nutisi vitamin B -complex

Vitamin-vitamin ini adalah asas yang badan perlukan sahaja. Kau orang boleh tengok jenis-jenis vitamin yang Umi Tie cadangkan ini di link ini

Kau orang, nenek Asha Modu mampu dapatkan balik susunya walaupun dah lama tinggalkan alam penyusuan ini, Kau orang juga mampu tau untuk adakan balik susu yang sedikit ataupun dah kering. Apa yang penting cuba kuatkan semangat dan selalu jaga mindset.

Untuk pertanyaan lanjut ataupun ada sebarang kemuskilan, Umi Tie mengalu-alukan kau orang untuk hubungi Tie ataupun whatsap Tie yer.

whatsapp-image-2017-01-29-at-8-53-11-am

Salam sayang, Umi Tie viral penyusuan.

 

Flat/inverted Nipple. Boleh jer Menyusu

784c80a3c75cbe7f18b71dee5812c5961

Setiap mommies tak akan sama masalahnya. Bagi Ibu yang inginkan menyusu sehingga 2tahun tapi mengalami masalah nipple. Nasihat Umi Tie, Jangan bimbang yer, Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian.

Sebelum Tu, mari kita kenal pasti macamana nipple kita.

type-of-nipple

Setiap orang tak akan sama bentuk dan saiz breast mahupun nipple nya. Sebab itu jugaklah kita tak boleh nak samakan dengan orang lain. Sama macam jumlah supply yang kita dapat dengan orang lain.

Bagi puting / nipple yang normal. Tiada masalah untuk teruskan penyusuan sehingga 2 tahun ataupun lebih ikut kemampuan kita. Yang Umi Tie nak bincangkan kali ini berkaitan dengan puting flat dan inverted nipple. Yang mempunyai nipple jenis flat dan inverted ini pun tak perlu nak risau yer. Baby menyusu bukan dengan puting tapi aerola.

Jika baby hisap puting, sebab ini lah masalah crack nipple yang akan kita hadapi.  Jom kita kenali satu-satu puting dulu k

Macamana nak tahu jenis nipple kita?

Cuba tekan puting kita dalam masa 2 minit, buat masa kita nak mandi. Jika puting kita kembali kepada bentuk asal maknanya kita mempunyai puting normal. Jika puting kita masuk ke dalam , puting kita jenis inverted nipple/ Puting tenggelam.

Tapi tak perlu risau sangat tau bila kita salah seorang dari ibu yang ada nipple flat/inverted ni.

23e84cab9856be9a78f7abdd790e9b3d

Inverted nipple, bila kita tekan, ia akan tetap ke dalam. Manakala kalo flat, Nipple dan aerola sekata sahaja. Bagi yang ada masalah Flat, kebanyakkannya baby dapat hisap dengan sempurna juga, tapi ada jugak yang alami masalah,ini perlukan bantuan yer. manakala Inverted lak, perlukan bantuan sikit jika mommies ni anak pertama tau. Minta bantuan untuk dapatkan cara hisapan yang betul buat baby.

Korang ada masalah ini?

Ada beberapa cara yang Umi Tie nak share untuk atasi masalah ini.

  • Kaedah pertama

Menggunakan Nipple Puller. Yang tak kenal boleh refer gambar bawah ni. Biasanya jenama pigeon. Kalau korang jumpa brand lain boleh jer guna k.

nipple-puller
Gambarajah 1: Nipple Puller
pigeon-nipple-puller-2
Gambarajah 2: Cara guna nipple puller sebelum menyusu

Sebaiknya gunakan nipple puller ini sebelum nak menyusukan baby. Hati-hati tau, cuci dengan bersih sebelum guna tu. nanti anak nak hisap lak. Selalu sterill tau.

  • Kaedah ke 2

Kaedah menggunakan Picagari. Cuba cari picagari( syringe) yang bersaiz besar yang boleh muat nipple kita.

Langkahnya, mommies kena potong bahagian depan  picagari tu tau. Dan letak balik picu dibahagian yang kita potong. Nanti bahagian belakang tu yang akan kita letak kat nipple. Kalau letak yang bahagian kita kerat tu, kalau ada tajam mau terluka. nayaa tau. Huhuhu.

Tapi ada masalah sikitlah nak cari picagari yang sama saiz dengan nipple kita. Kebiasaanya picagari ini kita boleh temui di farmasi.

syringe-nipple-puller
Gambarajah 3: stringe membantu mengeluarkan nipple
  • Kaedah ke 3

Menggunakan Nipple former Medela sebelum atau selepas bersalin. Nipple Former ni fungsinya membentuk nipple, jadinya ia di cadangkan diguna pakai semasa kandungan berusia 6 bulan lagi. Persediaan untuk keluarkan nipple.

14310800_863409293792528_3123670972113092608_n
Gambarajah 4: Nipple former
  • Kaedah ke 4

Menggunakan Nipple shield. Kebiasaanya nipple shield ini digunakan mommies yang mengalami crack nipple/ puting melecet. Menyerupai puting botol. Juga boleh diguna pakai buat mommies yang ada masalah flat / inverted nipple ini.

IMG_0022.png
Gambrajah 5: Nipple shield

Korang, jika anak menghisap dengan lebih kerap. Ataupun korang kerapkan mengepam, puting itu akan terkeluar tau. Memang ia ambik masa, kita kena banyak bersabar.

Mai Umi Tie nak kongsikan beberapa Ibu Hebat dalam group menyusu Tie. Ramai jer yang ada masalah macam mommies. Tapi boleh teruskan penyusuan. Diorang mampu mommies pun mampu yer.

 

whatsapp-image-2017-03-06-at-9-17-18-pm
Gambarajah 6

Macamana Puan Anis pam dulu sebelum menyusukan. Dan lama kelamaan nipple tu akan terkeluar sendiri. Lihat, betul kan. keynya sabar dan teruskan penyusuan

whatsapp-image-2017-03-06-at-9-16-30-pm
Gambarajah 7

Hehehe, walaupun sakit cara ini tapi demi anak kita sanggup buat apa sahaja kan. Puan Kyra boleh kau Orang pun boleh tau.

whatsapp-image-2017-03-06-at-9-18-35-pm
Gambarajah 8

Betul. Kebiasaannya anak pertama yang akan ada masalah kalau ibunya mempunyai nipple rata ataupun tenggelam ni. Salah 1 sebabnya kerana tak ada ilmu. Dan anak kedua kebiasaanya dah biasa.

Seperti sebelum ni Umi Tie terangkanlah. Baby bukan hisap puting tau, tapi aerola, jadinya masalah ini boleh di atasi, sebabnya semua ada aerola kan. Kawan-kawan kita boleh, kita lagilah boleh kan?

Kau orang ada masalah dalam penyusuan, Boleh jer whatsap UmiTie yer. Umi Tie akan kongsikan ilmu yang ada ini untuk yang memerlukan. Assalamualaikum

whatsapp-image-2017-01-29-at-8-53-11-am

Ilmu dan Penyusuan

img-20151023-wa0004

 

Assalamualaikum warohmatuAllahiwabarokatuh.

Ni gambar 2tahun lepas. saja jer nak imbau kenangan masa ank-anak ni kecik. Sekarang pun masih kecik lagi bagi UmiTie.

Setiap daripada anak-anak Umi Tie ni ada kenangan masing-masing dalam penyusuan. Alhamdulillah Niat umi Tie nak menyusukan anak dari anak sulong lagi. Walaupun masa tu tak ada ilmu langsung dalam penyusuan ini. Main redah jer tau.

Masa mengandung jer aiman, Umi Tie dah pasang niat nak menyusukan dia. dalam masa yang sama takut sangat-sangat kalau susu tak ada. TERUK betul mindset masa tu, tapi ada hikmah gak midset kolot ni, Umi Tie tak lekang tak mintak dengan ALLAH supaya banyakkan susu Umi masa tu. Takut sangat susu tak ada. Ini semua disebabkan banyak sangat dengar kawan-kawan cerita tak ada susu.

Masa Umi Tie mengandungkan Aiman, UmiTie HB rendah tau. Rendah jgaklah masa tu 9 jer. Memang setiap kali jumpa doc , doc bagitahu nak cucuk kat punggung. UGUT lah tu kan. Tapi memang nak elakkan, sebab ramai dengar yang sakit sangat-sangat kalau kena cucuk ni.

Sejak tulah, umi ti makan jer apa jer orang kata bagus untuk tingkatkan HB ni. Termasuklah jus pegaga. Masa tu,umi tie amalkan jus pegaga. Lupa HPA. nak buat sendiri rasanya tak tertelan.

Asbab jus ni ke apa masa tu Umi Tie tak tau, masa Aiman lahir jer hari pertama, susu umi Tie memang banyak sangat. Sampaikan boleh susukan anak susuan lagi.

Tapi bila tengok dalam list-list makanan yang boleh banyakkan susu termasuk sama pegaga tu.Sebabnya ia antara golongan yang kaya dengan galactogue dan isoflavonces. Yang belum baca pasal makanan yang boleh menggalakkan hormon penyusuan baca sini k

dsc_0625
Ni Aiman masa dalam pantang. Lupa dah Umi Tie berapa hari masa ni. Rinduuuu

Tapi sayang, Umi Tie tak ada Ilmu masa tu. zero ilmu dalam penyusuan ini. Umi Tie nak mengandung lagi. Tak ada terbabas pun , memang nak, hehehe. Gatai tul ingatkan, Sebabnya tengok Aiman masa tu bagus sangat. senang nak uruskan dia sorang ni.

Mengandung jer kat no 2, susu dah semakin slow. Dan tahu jer mengandung, terus Tie stopkan Aiman menyusu tau. Sedih sangat-sangat sangat bila ingatkan balik situasi masa tu. Memang betul betul nekad tak bagi menyusu alasanya mengandung. Dengar jer aiman menangis mintak menyusu masa tu. tapi paksa gak dia minum FM. Ya Allah rsa jahat lak diri ni.

Sama jugak situasinya masa anak no 2. Tahu jer mengandung anak ke 3, terus stop macam tu jer. juga tak ada belas kasihan. Alasannya mengandung. masa ini betul-betul zero tau dalam ilmu penyusuan ini.

 

320026_257496660955075_1454834986_n
Ni Arsyad no 2, masa ni hari pertama lahir.
img-20161128-wa0031
ni anak Umi Tie no 2, masa ni 5 tahun

Masa stopkan menyusu kat Arsyad lagilah sedih, dekat 2 minggu jugak dia tak mahu menyusu. dengan Umi nya sekali menangis. Padahal bagi jerlah walaupun pregnant. Jika tak ada komplikasi lain boleh teruskan. Kenapalah masa tu Umi Tie tak ada langsung ilmu semua ni. Korang jangan ikut tau macam Umi Tie ni. apajer kita buat mesti ada Ilmu. Carilah ilmu korang walau ke negara cina sekalipun.

Terpanjang cerita bab abam-abam. yang ke 3. Muhammad shahir adeeb nama diberi. Anak ke 3, nilah umi Tie nekad untuk menyusukan sampai 2 tahun. Siap buat palnning lagi dengan suami, tak mahu mengandung selagi si Adeeb tak sampai 2 tahun.

IMG_20141219_114052.jpg
Ni Adeeb masa baru belajar nak berjalan.

Masa mengandungkan Adeeb, Umi Tie consume Vitamin mengandung Shaklee. yang abang-abang hari tu belum kenal pun lagi shaklee ni. Dengan Hb nya yang rendah masa anak pertama dan kedua. GAstriknya yang tak boleh dipisahkan, Tapi mengandungkan Adeeb Umi Tie bebas semua yang umi Tie alami masa mengandung lepas tau. Dan masa dalam pantang, yang datang melawat semua tegur Umi Tie bertenaga macam tak bersalin jer keadaan dia.

Dan yang paling syok, hari pertama dah banyak susu untuk si Adeeb. Dengan keberkesanan itulah Umi Tie ingin berkongsi dengan ibu=ibu lain yang hadapi masalah yang sama.Dan sebab ini jugaklah Umi Tie dapat Ilmu Penyusuan dari group bisnes shaklee. Hari makin hari makin Umi Tie makin cinta kat penyusuan ini. Tiap kali ada kelas pasal penyusuan Umi Tie akan hadirkan.

Dengan bekalkan Vitamin-vitamin menyusu lak sepanjang penyusuan, Badan bertenaga jer, dan ada sekali Ilmu Penyusuan, Syukur Alhamdulillah Umi dapat habiskan Penyusuan sehingga 2 tahun.

Walaupun Umi Tie tak bekerja. Dan Umi Tie tak ada pam susu simpan stok, Umi Tie yakin, Tanpa Ilmu yang cukup, tanpa badan yang sihat. Umi Tie mungkin tak mampu nak habiskan penyusuan Si adeeb ni sehingga wean off 2 tahun.

Ibu bekerjaya akan ada cabarannya apabila bekerja. Tak bekerja pun akan ada cabarannya. Apapun, Ilmu sangat-sangatlah penting.

Korang tak tahu nak ambil vitamin apa sepanjang penyusuan ini. Korang boleh tengok sini . Jika nak kan consultasi dalam set-set menyusu ini, korang whatsap jer Umi Tie yer.

 

whatsapp-image-2017-01-29-at-8-53-11-am

Makanan digalakkan semasa Menyusu

Makanan-Yang-Harus-Dihindari-Saat-Menyusui

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Ibu-ibu.

Suka Umi Tie nak share beberapa makanan yang sangat digalakkan untuk di ambil semasa menyusu. Pernah Umi Tie dapat soalan,

“apa lagi nak kena makan ni, apabila menyusu, mulut ini asyik nak mengunyah jer, perut ni asyik lapar jer’

Mesti ramai kan yang alami masalah macam ni, kau orang kena tahu, semasa menyusu kita sedang membakar kalori, sebab itulah kita akan merasa lapar ataupun ingin mengunyah. Tersalah maka dan tersalah mengunyah kita akan mengundang kepada kegemukkan tau. Juga boleh mengundang kekurangan susu apabila tersalah makan. jadinya hati-hatilah bab makanan ini.

Biarlah makanan yang kita ambik setiap hari, membawa kebaikkan buat kita dan juga anak kita. Barulah berbaloikan kita makan. hehehhe.

whatsapp-image-2017-01-12-at-4-24-21-pm
Beberapa senarai yang kita boleh ambil sepanjang tempoh penyusuan

KATEGORI BUAH

  • KURMA

Kurma memang dah ramai mommies yang amalkan dari pregnant lagi. Dengan sifatnya yang kaya dengan zat besi dapat membantu ibu yang mengandung tingkatkan HB nya . semasa bersalin pula , kandungan protein dan glukose dalam buah kurma ini akan memberi ibu tenaga

Dan semasa menyusu kandungan zat besi dan kalsium adalah unsur yang tinggi bagi pembentukkan susu ibu. Jadinya, mommies kena selalu ambuk buah kurma ni sewaktu menyusu tau.

  • JAMBU BATU

Jambu batu salah satu buah yang kaya dengan Vitamin C. Ia mempunyai 3-6 kali lebih banyak vitamin C daripada buah Oren. Selain Vitamin C, ia juga kaya dengan zat besi dan kalsium.

Dan berita hebat Bagi mommies yang nak kurus masa menyusu ni, boleh jadikan juga Jambu batu sebagai snek sihat yer.

Kurma,kismis, buah betik, buah jambu, badam, mommies boleh jadikan snek sihat tau, boleh ambik semasa megepam ataupun saja-saja rasa nak mengunyah tu. Janganlah nak kunyah kerepek-kerepek yang tak tentu hala. Semua itu boleh buatkan badan kita membesar dengan jayanya semasa menyusu.

KATEGORI SAYURAN

  • KACANG BUNCIS

Kacang buncis biasanya Umi Tie buat goreng jer. Satu pinggan kacang buncis makan dengan nasi segenggam pun dah kenyang sangat. Pecah telur sebiji masa goreng kacang buncis tadi. Lagi mengenyangkan.

Kacang buncis ni tergolong dalam golongan kekacang yang kaya dengan asid folic, iaitu salah satu dalam kumpulan Vitamin B. Asid folic ini akan amat berguna untuk perkembangan bayi semasa menyusu. Dan vitamin B akan bagi ibu bertenaga, keadaan ibu yang bertenaga akan melancarkan production susu ibu.

Dan bagi Ibu yang ingin kurus semasa menyusu, salah satu makanan yang boleh di ambil bersama dengan segengam nasi, kacang buncis nilah, kerana ia mempunyai kalori yang rendah tau. Yang idamkan berat ideal balik tu, nasihat Umi Tie, kenali lah makanan kita setiap hari yer, bukan main makan jer.

  • SAWI

Sawi antara makanan feveret Umi Tie masa dalam pantang, masa berpantang anak ke 3 ni tinggal dengan Ibu lagi, kadang-kadang tu hari-hari ibu buatkan ala-ala sup sawi lah.

Sawi ni mempunyai pelbagai vitamin A, B, B2,B6, C, zat besi dan juga protein. Sawi juga dapat mengurangkan tekanan ibu menyusu, merawat anemia,melancarkan pencernaan dan yang paling penting sekarang ini, ia boleh dijadikan milkbooster.

Mommies boleh pelbagaikan masakkan sawi ini setiap hari, tapi jangan masak terlalu lama tau, nanti akan hilang segala zat vitamin yang terdapat dalam sayur hijau sawi ni.

  • BAYAM

Ada yang kata bayam ni dalam kategori sayur sejuk. Bagi ibu menyusu cuba ambik dalam kuantiti sikit dulu yer. Tengok macamana keadaan baby lepas tu. Kalau meragam perut kembung jadilah ambik lepas ni k.

Bayam ni kaya dengan vitamin K, A, mangan, folat, magnesium, serat, kalsium dan protein. Zat-zat ini akan membantu ibu-ibu menyusu cukupkan keperluan badan dan akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu.

  • LOBAK PUTIH

Ti tak tahu kenapa ramai yang tak suka dengan lobak putih ni. Umi Tie ni ha suka sangat kalau masak lobak putih. Tumis bawang sikit dengan lada hitam, tumbuk skit bilis tumis sekali dengan bawang tadi. dah semerbak bau, Umi Tie suka letak soohoon. Lagi mengenyangkan. huhu. Maybe lobak putih ni ada rasa pahit skit kut, rendam dulu lobak ini dengan air suam sebelum masak tu.

dsc_0998
Insan google ni gambar yer

ULAMAN

Ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk meranti, jantung pisang tu,mommies boleh amalkan setiap hari ambik dengan nasi panas-panas pun menyelerakan. Ada orang yang mampu buat pegaga tu jus. Bagi yang mampu buat jus juga digalakkan.

Banyak lagi makanan yang boleh bantu kita ibu Menyusu dalam meningkatkan production. Mommies boleh try setiap satu yang Tie dah listkan kat dalam poster kat atas tu yer. Setiap badan tak sama tau penerimaannya, so kena try dan rasainya sendiri.

Kat atas tu Umi Tie huraikan beberapa jer. Jika mommies perasaan setiap cadangan makanan tersebut mempunyai zat-zat tertentu yang boleh membantu badan kita dapat cukup segala nutrisi. Badan yang sihat akan menghasilkan susu yang banyak.

Jika kita rasa kita tak mampu nak cari dan cukupkan kesemua zat yang diperlukan badan kita setiap hari. Nasihat Umi Tie kita kena gak buat pelaburan sikit untuk bantuan dari vitamin luar. Yang ni tak susah nak fikir nak cari kat mana. Cuma perlu telan sahaja.

Untuk mommies yang ingin cuba Vitamin dari shaklee, boleh contact Umi Tie yeer. Dan ini antara VITAMIN YANG DICADANGKAN BUAT IBU MENYUSU

 

whatsapp-image-2017-01-29-at-8-53-11-am

 

Apa yang Perlu Dan Tak Perlu

“Senyum. Kadang-kadang tu kan satu senyuman di awal pagi membawa seribu kegembiraan sepanjang hari, Kita akan merasakan diri kita selalu mencapai kebahagian.”

Assalamualaikum warohmatuAllahi wabarokatuh. Semoga semua sahabat-sahabat Umi Tie yang baca coretan kali ini selalu berada dalam rahmat Allah dan selalu diberkati hendaknya. Amin.

Kali ini, Umi Tie nak kongsikan beberapa perkara yang PERLU dan TAK PERLU kita buat ,@ tak perlu fikirkan pun sepanjang penyusuan ni.

Umi Tie nak pecahkan kepada beberapa bahagian.


Bahagian Pertama

  • SEMASA MENGANDUNG

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku” (Muttafaqun ‘alaih). Hadits ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzhon pada Allah dan memiliki sikap roja‘ (harap) pada-Nya.

  • PERLU

Perlu untuk tetapkan niat dari awal kehamilan lagi untuk menyusukan anak dari lahirnya dia hingga semampu kita sehingga 2 tahun hendaknya. Dan seperti ayat kat atas, Allah akan bagi mengikut persangkaan HambaNya.

Selalu fikir kita mampu menyusukan dan selalu fikir  susu kita banyak untuk anak kita nanti.

  • PERLU

Untuk Berjaya dalam penyusuan semasa anak lahir nanti , kita dari awal kehamilan lagi sudah mencari, mengali Ilmu-ilmu penyusuan ini. Ilmu-ilmu ini takkan kita dapat tau kalau kita tak mencarinya.

Apabila kita ada Ilmu,kita akan seronok tau , tak sabar nak tunggu anak ni lahir. Sebabnya bila dah ada Ilmu, kita nak buat praktikal ni lepas anak lahir. Korang percaya tak?kalau korang newbie mom, cuba k.

Macamana nak cari Ilmu selain google, korang boleh join Group-group Whatsap penyusuan , banyak sangat group-group macam ni sekarang ni. Kalau nak join group bawah Projek SUSU ni pun ada dah ditubuhkan. Nanti boleh jer Contact  Umi Ti yer untuk join. apabila dah ada dalam group macam ni, kalau ada permasalah dalam penyusuan taklah kita buntu nak atasinya macamana. Dan ini boleh mengelakkan kita dari putus asa.

 

  • TAK PERLU

Tak perlu nak dengar kata-kata orang,

” Nanti ko nak masuk kerja susah tau kalau menyusu ni”

Korang pernah tak dengar ayat-ayat macam ni, biasanya orang-orang yang bercakap macam ni diorang tak ada Ilmu dalam penyusuan, dan tak tahu fadhilatnya besar sangat kalau dapat menyusukan anak.


BAHAGIAN KE DUA

  • FASA BERPANTANG

Fasa berpantang ini adalah fasa di mana kita akan apply ilmu yang kita gali semasa mengandung. Lepas hadam semua ilmu itu, saat ini lah kita akan praktikal kan.

  • PERLU

Rajin bertanya apa sahaja yang kita rasa was-was, kita rasa tak yakin apa yang kita buat ni. Biasanya new mom yang akan rasa kurang yakin ni. Masa inilah perlu sangat group support seperti group whatsap yang Umi Tie cadangkan tadi.

Umi ada pengalaman sorang new mom ni, dalam pantang maknya dah suruh bagi air masak kat baby tu. Kalau kita ada ilmu dalam penyusuan ni kita mesti akan tahu yang tak elok bagi air kosong kepada baby bawah pada 6 bulan.( boleh baca kat sini )

  • PERLU

Bagi ibu yang bekerjaya, alatan sepanjang penyusuan kena lengkap tau. Jika semua alatan ini kita cukup, kita takkan akan rasa penyusuan ini suatu yang susah. Alatan yang perlu seperti Pam, cooler bag, storage bag, bottle yang sesuai, warmer.

Bagi Umi Tie, Pam perlu walaupun kita tak bekerja sekalipun, sebabnya kan, semasa anak dalam pantang dalam tempoh 44 hari  nanti, baby akan kerap tidur dari berjaga. Ini adalah lumrah seorang baby. Kata orang tua, ” baby nak besar lagi lah tu, sebab itu suka tidur”hehehe.

  • PERLU

Dan untuk tingkatkan lagi susu dalam pantang, kita kena kerapkan menyusu baby, kalau baby susah nak kejut, masa inilah perlunya pam. Dalam pantang, kita hanya rehat jerkan. Kita tak perlu pun buat kerja rumah, pendapat Umi Tie masa inilah kita ambik peluang yang ada ini, pam sekerap boleh. selalu kosongkan breast kita. Lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu yang akan terhasil.

Dalam pantang biasanya baby akan kerap tidur disebabkan jaundise. Dan Susu ibulah terbaik antara kaedah rawatannya yer. Kerapkan menyusu, kejutkan setiap 1 jam. Dan kalau baby terbangun selepas kita pam, kita boleh bagi baby minum susu perahan tadi.

 

  • TAK PERLU

Untuk bagi baby susu perahan tadi, tak perlu bagi ikut botol lagi kalau baby masih baru tau. sebabnya takut baby confius nipple. Nanti 2 minggu nak masuk kerja baru ajar kat baby minum ikut botol susu.

Boleh guna cup ataupun sudu. cara ini kena kesabaran yang tinggi sikitlah.

  • TAK PERLU

Susu kita selalu cukup anak kita, ingat yer, dalam awal kelahiran perut baby kecik sangat, dan susu yang terhasil sesuai dengan saiz perut baby.

saiz-perut-bayi-susuibu

TAK PERLU beli susu formula lagi dalam pantang. Dan Umi Tie selalu tegaskan kat group jangan beli susu formula. Kadang-kadang baby dalam pantang suka menangis, baby menangis bukan sahaja sebab lapar yer, tapi banyak sangat sebab. dan sini pun perlu sangat ilmu dalam penyusuan dan penjagaan baby.

Kalau tak ada Ilmu, memang kita akan beli susu formula dan bagi kat baby. JANGAN SESEKALI FIKIR yer!


BAHAGIAN KE TIGA

FASA PENYUSUAN LEPAS BERPANTANG

Apabila seorang Ibu dah dapat atasi fasa berpantang, kebiasanya masuk ke fasa lepas berpantang ini sangat mencabar sikit. Jika Ibu itu seorang yang bekerjaya.

  • PERLU

Perlu cari kawan seangkatan untuk mengepam sepanjang waktu bekerja nanti yer. Kalau kita berkawan dengan kawan-kawan senagkatan ini, kita akan lebih teruja untuk mengepam sama.

  • PERLU

Mengepam walaupun sesibuk mana kita. Selalu menghantar signal kat otak yang baby kita perlukan banyak lagi susu. Pam ikut jadual yang dah kita buat mengikut kesesuaian waktu kita di pejabat.

  • PERLU

Perlu cari jalan penyelesaian di setiap masalah yang berkaitan dengan journey kita nanti tau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Cari Laktasi caunselor yang berdekatan dengan kita, ataupun gunakan group penyusuan yang dah kita join.

  • PERLU

Perlu tahu makanan yang digalakkan ibu menyusu ambik sepanjang tempoh penyusuan, supaya ia dapat mempengaruhi hormon penyusuan. Kebiasaanya makanan terebut tinggi galactogue dan isofalvonces. Mengenai makanan ni nanti Umi Tie kupas dalam next Entri yer.

  • PERLU

Ibu Menyusu kena tahu kawal perasaan dan emosi sepanjang penyusuan nanti. Emosi sangat memainkan peranan untuk hormon oksitosin nanti. Ingat lagikan macamana tingkatkan Hormon Oksitosin perlu semasa menyusu ni( BAca sini)secara ringkasnya

  • PERLU

Badan kita perlu dalam keadaan sihat sepanjang tempoh penyusuan ini. Jika kita sakit ia akan pengaruhi pengeluaran susu kita. Ibu Menyusu makan ikut piramid makanan yang sihat. Jika tak mampu nak cukupkan dengan menu harian, Cuba dapatkan dengan bantuan suplement dan vitamin yang selamat dan semulajadi yer.

Kita kena cipta kebahagian kita sepanjang penyusuan ini.

 

  • TAK PERLU

Jangan sesekali fikir untuk putus asa k. jika kita dah dapat lalui fasa berpantang dan eksklusif sehingga 6 bulan, kita juga akan mampu hadapinya sehingga 2 tahun.

 

Cukup setakat ini dulu yer Ilmu buat Mommies yang memerlukan. Jika ada sebarang masalsah dan perlukan group sokongan penyusuan di facebook nanti boleh whatsap Umi Tie yer

Umi Tie -0139721859

 

 

7 sebab perlu pilih untuk MENYUSU badan

Banyak sebab kenapa ramai yang memilih untuk teruskan Penyusuan.

Dalam al-Quran sendiri ada menyebut tentang penyusuan ini.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 

– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

1. MEMENUHI PERINTAH DAN SUNNAH

Semoga dengan penyusuan ini kita mampu memberi hak anak yang dah Allah tetapkan lahirnya dia ke dunia.

2. IMUNISASI SEMULAJADI

6c9b5-formulamilkvsbm

Ruginya mommies yang sengaja hentikan penyusuan atas sebab-sebab susah nak handle ataupun cerewet. Sebab apa Umi Tie kata macam tu. Cuma korang lihat gambarajah kata atas ni. Betapa banyaknya beza apa yang terdapat dalam kandungan susu ibu yang tak ada langsung dalam susu formula.

Dan yang penting, dalam susu Formula tak ada antibodi yang sangat-sangat anak-anak kecik perlukan. Cuba korang compare anak yang fully menyusu badan ni dengan anak yang minum FM. Rata-ratanya anak yang hisap susu badan ni antibodinya kuat tau. Susah untuk berjangkit penyakit ni contohnya SELESEMA.

Sebab itu jugalah, anak yang menyusu badan bawah dari setahun ni, kalau ada terkena selesema, Umi Tie akan  cadangkan KERAPKAN MENYUSU dan maknya Tingkatkan pengambilan VITAMIN C( nanti boleh tengok sini bagaimana vitamin C membantu ).

 

3.SENANG URUSKAN KALAU OUTING

Korang yang ada anak yang minum susu formula mesti tahukan macamana banyaknya barang-barang yang kena prepare kalau nak keluar. Tapi susu ibu tak perlu banyak, ibu hanya bawa nursing cover sahaja untuk menutupi semasa menyusu.

Tapikan sekarang ni kat mana sahaja, semua tempat dah ada disediakan tempat untuk ibu menyusukan.

images
Ihsan google. Cth nursing cover

4.PERCEPATKAN RAHIM MENGECUT SEMASA BERPANTANG

Ya ini benar tau. Semasa menyusu, hormon oksitosin akan tinggi dan hormon ini akan membantu ibu percepatkan rahim mengecut. Masa 2-3 hari dalam pantang, masa menyusu korang pernah tak sakit perut macam kontraksi nak bersalin, kalau di Terengganu ni Umi Tie panggil “Renggat” tau. Kalau menyusu lagi kuat rasa rengat ni. Doktor akan bagi panadol persediaan untuk atasi rengat ni. Sakit kan?

Itulah antara simpton-simpton rahim kita sedang mengecut. Lagi kerap anak menghisap susu lagi cepat rahim kita akan kecut. LAgi-lagi kalau ambil ALFALFA masa dalam pantang tu.

5. ELAKKAN KANSER PAYUDARA

Kajian mendapati tempoh tahap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Dan semasa menyusu ini, hormon Estrogen akan menurun kerana bagi peluang untuk hormon oksitosin dan prolaktin tinggi. Hormon Estrogen yang tinggi biasanya akan mengundang kepada kanser. Dan Ibu yang masih menyusu korang dapat Elakkan kanser payudara ini. In shaaALLLAH.

6. MENYUSU SAMBIL KURUS

Oiittt kurus dengan perempuan tak boleh dipisahkan tau. siapa tak nak kurus dan siapa tak nak cantik kan. Korang perasan tak, semasa dalam pantang, kita akan makan kebiasaanya makanan yang sihat kan, contohnya masak sup sawi, panggang ikan, sup lobak putih, selama 40 hari kita berpantang selama itulah kita akan jaga bab makan ni. Kalau bedal semuanya mak lak bising kan.

Disamping kita memang jaga bab pantang makan ni, kita akan kerap menyusu. Lagi-lagi awal 2minggu pertama kalau anak ada jaundise. 1jam sekali kita kejutkan menyusu. kadang-kadang tu palinglama pun 2 jam sekali kan. Dan resultnya dalam pantang sahaja. Kita mampu dapatkan bentuk badan ideal balik. Dan ada yang mampu dapat berat lebih jauh ringan dari sebelum mengandung.

Hebatnya menyusu nikan. Menyusu sahaja kita dapat membakar 300-500 kalori setiap hari tau. Sama banyak kalori yang terbakar jika kita pergi jogging. Oiiiittt senang menyusu lagilah kan.

7. JIMAT UOOLLSS

Menyusu badan ni jimat tau uoolss. Kalau anak-anak yang tak ada allergik bolehlah bagi susu jenama yang murah sikit. Kalau macam anak Umi Tie Aiman haritu allergik Laktosa. Dia minum jer susu fm tu akan cirit birit. Last-last doktor cadangankan dia ambik susu yang tak ada laktosa.

Bila disurveykan susu ANMUM yang tak ada laktosa. Boleh tahan gak mak aii harga susu ni kan. Kalau sekotak tu harga 40Rm katakan. Sebulan haritu perginya 3 kotak kena beli. Satu bulan kena simpan untuk susu sahaja Rm120.00 , Setahun dah mencecah RM 1440.00. Mak aiii,terbeliak kalau nampak kan

Tapi kalau beli pam yang berjenama sikit. Beli paling mahal sikitkan, tahanlah bertahun-tahun dan boleh pakai lak untuk next baby. Jimat sangat-sangat tau. cuma spend sikit untuk servis pam tu jer.

banyak lagi tau mengapa kita perlu teruskan penyusuan ni. Dan Umi Tie nak share 1 ni, sorang Ibu Hebat ni kena teruskan penyusuan ni kerana anaknya ada masalah kesihatan. Apabila susu formula muntahkan balik. tapi susu ibu ok. Hebatnya kejadian ALLAH kan.

whatsapp-image-2017-01-07-at-6-23-03-pm

Untuk sebarang pertanyaan dalam Ilmu penyusuan ni jangan segan contact Umi Tie yer.

0139721859

 

Senangnya Tambah Susu

Assalamualaikum pembuka bicara.

Jumpa lagi di new entri. Hari ni Umi Tie teruja sangat tau nak kongsikan ilmu pasal “Tambah Susu”

Apabila buat kajian mengenai penyusuan ni. Ia akan menjadi sesuatu yang sangat menarik. Umi Tie ada tubuhkan group penyusuan di whatsap. Dan ahli Ibu Hebat yang menyokong penyusuan dalam group tersebut dah menjangkau 100 lebih. Alhamdulillah.

Selama 2 tahun lebih dalam group ini, macam- macam masalah penyusuan yang akan diusulkan. Dan masalah yang paling sangat menjadi top topik pasal ” SUSU KURANG”. Dan hari ini Umi Tie nak cerita sikit mengenai bagaimana caranya untuk menjadikan susu yang kurang ini menjadi ” TAMBAH SUSU”. Bestkan?

Dalam masalah ini, Umi Tie nak buat satu perumpamaan. Boleh kan? Bila ada perumpamaan ini, kita akan cepat faham bagaimana nak buat. Rata-rata kawan Umi Tie di facebook kebanyakkannya peniaga online tau. 80% peniaga dan berbisness. Jadinya petang ni Umi Tie nak buat perumpamaan dalam bisnes.

Tudung lah senang. Sebabnya kita ni namanya perempuan tak boleh lari dengan fesyen – fesyen tudung ka baju ka kan kan?? sama jer dengan Umi Tie ni ha.

Katakan, kita jual tudung. Dan ada jenama dah pun ha. Kalau sekarang famousnya dengan nelopa tu ha. Kita keluarkan jenama ” Tudung mak -mak menyusu”

Dengan labuhnya tudung ni dah boleh buat nursing cover. Tak payah nak pakai nursing cover dah kalau nak menyusu. Masukkan anak dalam tudung ha menyusulah dengan tenang.

Kain lak best jer. Lembut sangat, anak pun tak rimas langsung tertutup rapat dalam tu, lagi lena dia tidur rasanya. Warna mak aii, cantik bak hang, terpinar-pinar mata ni. Yang Penting murah dan tak payah nak iron langsung. haaa Sekali kita masuk Iklan FB ADS, Ambik ko, meletup-letup permintaan.

Semua pakat nak beli  “Tudung-tudung mak-mak Menyusu” ni. Bukan sehelai lak tu kalo beli, berhelai-helai. senang katanya nak tukar-tukar pergi kerja ataupun jalan-jalan ni. Lagi-lagi ambik pakai jer kan, tak payah nak iron-iron bagai ni, tau tau jerlah kan beranak kecik ni. semua nak cepat jer. Heheheh.

 

Ok dah dah berangan jual tudung k. Umi Tie tak nak cerita pasal tudung ni pun. Umi Tie nak bagitahu bagaimana perumpamaan Jual Tudung ni dengan PENYUSUAN.

whatsapp-image-2017-01-03-at-3-40-52-pmMacam tu jugaklah dengan situasi kita sekarang ni. Bagaimana caranya kita nak Tambah susu agaknya kan.

Apabila tudung kita tingginya permintaan dari peminat tudung, kita akan arahkan tailor-tailor kita untuk jahit lebih lagi dalam satu masa. Sebelum ini tailor kita boleh siapkan 20 pasang, push dia supaya jahit 30 pasang. Macamana tu? ha tailor tu kena lah tambahkan masa menjahit dia mesti dapat lebih. kena kurangkan rehatlah sikitlah.

Apabila susu kita dah sikit, apa yang kita kena buat. Kita mesti Tambah susu dengan Tinggikan lagi permintaan. Boleh faham ke macam ni?

Umi Tie suka dengan gambaran rajah kat atas tu tau. Baby kita adalah pelanggan kita, dan permintaan baby kita sekarang makin meningkat. Oksitosin ni adalah tailor kalau dalam bisnes Tudung kita tadi. Apabila permintaan tinggi, Oksitosin ini akan keluarkan dengan lebih banyak lagi tau. Tapi dengan 1 syarat, mesti buat kerja dalam keadaan happy yer. tak nak dalam keadaan tertekan.

Prolaktin ibaratnya kitalah sebagai OWNER tudung tadi  Dan kita lah yang akan beri arahan kepada oksitosin untuk keluarkan banyak mana permintaan. Dan kita jugalah yang jaga FB ADS tadi dan tahu betapa tingginya permintaan sekarang ni. Kita akan arahkan tailor menjahit lebih dari permintaan customer supaya ada stok.

Macam tu jugalah dalam penyusuan mommies-mommies hebat. Kita boleh tambah susu dengan tingkatkan lagi demand. Dan demand inilah yang mana otak kita yang akan bagi signal kepada prolaktin.

CARA-CARANYA

  • Kerapkan mengepam ataupun menyusu secara terus ( Direct Feeding), apabila kita kerap menyusu ataupun mengepam. Otak akan dapat signal bahawa anak kita perlukan lebih lagi susu.
  • Selalu kosongkan breast kita sekerap mungkin. Apabila breast kita cepat kosong, susu baru akan cepat dihasilkan.
  • Tinggikan permintaan ini sekerap setiap hari mengikut jadual yang sama setiap hari. Buat selama 2 minggu ataupun sehingga susu kita bertambah.( pam mengikut jadual akan tingkatkan hormon prolaktin tau)
  • Jaga pemakanan kita sebagai Ibu Menyusu. Kunci asas dalam penyusuan ini mesti dari tubuh badan yang sihat tau. ( Nanti Umi Tie kongsikan pemakanan yang sihat buat ibu menyusu k)

Banyak sangat Umi Tie nak kongsikan pasal oksitosin dan prolaktin ni. Tapi entri ni terlalu panjang dah Umi Tie rasa. Korang hadam yang ini dulu yer. Korang ingat formula ini jer dulu buat masa sekarang ni

Prolaktin TINGGI

+

Oksitosin TINGGI

=

SUSU BERTAMBAH ( Banyak )

Ada apa-apa permasalahan tentang penyusuan boleh jer whatsap Umi Tie yer. Simpan No ni

013-9721859 ( Umi Tie )

Salam sebarkan kejayaan.

jom-menyusu-9